TEKNIK MENULIS PENDAHULUAN (TIA / ITA) (5K, 5L, 5W, 5P) T = TEMA |
TAJUK: Punca gejala pembuangan bayi dalam kalangan remaja
(TEMA) Remaja pada hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa hadapan dan merupakan aset modal insannegara bak kata pepatah, ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. "Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akansaya gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan retorik yang pernah dilontarkan oleh bekas Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masahadapan. (ISU) Malangnya, dalam menyingkap tabir alaf baharu dan dalam proses menongkah arus globalisasi yang pantasbertolak bagai belut diketil ekor ini, keruntuhan akhlak remaja semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Salah satumasalah sosial yang kian merebak dalam kalangan remaja ialah masalah pembuangan bayi. Menurut statistik Polis Diraja Malaysia, kes pembuangan bayi menunjukkan peningkatan sejak akhir-akhir ini. Pelbagai usaha diambil oleh kerajaanmahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam menyifarkan masalah pembuangan bayi di negara ini tetapi usaha ini hanyaseperti melukut di tepi gantang kerana kes tersebut masih meningkat sehingga hari ini. (ARAHAN) Sebelum mencari jalanpenawar untuk menangani kemelut ini, kita haruslah mengenal pasti akar umbi yang menjadi pemangkin kepada fenomena inikerana jika tiada angin masakan pokok bergoyang.
TAJUK: Peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar mementingkan kebersihan
(ISU) Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titikpermulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat kita. Antara cabaran dan rintangan itu ialah kebersihanrakyat di nusa tercinta ini. Pada zaman modenisasi dan globalisasi ini, rakyat di negara kita sangat sibuk mencari kemewahanhidup demi memenuhi tuntutan duniawi sehingga mengabaikan kesihatan mereka. Sikap mereka ini telah membawa pelbagaijangkitan penyakit seperti HINI, demam denggi, taun dan sebagainya. (TEMA) Mantan Perdana Menteri ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohammad pernah berkata bahawa untuk melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan proaktif, kebersihan perludititikberatkan. Hadis Nabi juga menekankan bahawa kebersihan itu sebahagian daripada iman. Hal ini menunjukkan peripentingnya kebersihan dalam kehidupan manusia. Tanpa kebersihan, manusia tidak akan dapat menjalani kehidupan yang selesadan sempurna. (ARAHAN) Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan dominan untuk mendidik anak-anak agar sentiasamementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian kerana kebersihan haruslah bermula dari rumah dahulu. Persoalan yangsering berlegar-legar di benak fikiran kita ialah apakah peranan ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar modal insan yangmementingkan aspek kebersihan dapat dilahirkan?
Contoh penanda wacana ayat ISU : - Namun begitu, - Akan tetapi, - Walau bagaimanapun - Sayang seribu kali sayang, - Zaman beralih, musim bertukar, kini.... - Memang tidak dapat dinafikan bahawa dewasa ini, - Dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan memberi kesan yang negatif kepada - Dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, |
Contoh ayat arahan PUNCA: 1. Bertitik tolak daripada sini, sebenarnya terdapat beberapa punca…. 2. Sebelum mencari jalan penawar untuk menangani kemelut ini, kita haruslah mengenal pasti akar umbi yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini kerana jika tiada angin masakan pokok bergoyang. 3. Persoalannya, apakah punca-punca yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini? 4. Persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah punca-punca yang menjadi pemangkin kepada fenomena ini? 5. Kita harus menerima lumrah kehidupan bahawa keruh air di muara pasti bermula dari hulunya. Khazanah kata warisan bangsa ini membawa takrif setiap permasalahan yang berlaku pasti mempunyai punca-puncanya. 6. Selain itu,benarlah kata orang kata bahawa bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. 7. Sesuatu yang berlaku itu pasti ada sebab musababnya kerana tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata / kerana kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. 8. Jadi, marilah kita meluangkan sekelumit masa untuk menghalusi punca yang menjadi pemangkin ... |
Contoh penanda wacana ayat arahan LANGKAH - Oleh itu, langkah-langkah yang pragmatik dan proaktif perlu diambil untuk... - Jika ditinjau dengan mendalam, terdapat beberapa langkah yang konkrit untuk menangani gejala ini. - Oleh itu, kita perlu mengenalpasti punca-punca berlakunya lumba haram dan cara mengatasinya dalam kalangan remaja untuk membendung daripada kudis menjadi tokak. - Sebelum bisul menjadi nanah, kita haruslah mengambil langkah yang proaktif, pragmatik dan penuh istiqamah untuk menangani kemelut ini kerana setiap penyakit pasti ada penawarnya. - Persoalan yang sering berlegar-legar di benak fikiran kita ialah apakah langkah-langkah yang wajar diambil untuk menangani fenomena ini sebelum nasi menjadi bubur? - Oleh itu, masalah ini tidak boleh dipandang remeh dan formula penyelesaian harus diimplimentasikan untuk merungkai masalah ini bak kata peribahasa, tak ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni. - Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab dan setiap masalah ada jalan penyelesaian yang berkesan. - Kata-kata mutiara Alexander Graham Bell, seorang ahli sains dan matematik Barat menunjukkan bahawa setiap masalah pasti ada cara yang berkesan untuk mengatasinya. - Lampu Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan menggosoknya terlebih dahulu, persis ungkapan kata Alex Osborn telah membuktikan bahawa setiap kejayaan dapat dicapai melalui usaha yang tidak mengenal erti jemu. |
FRASA PENDAHULUAN YANG MENARIK - Dalam menyingkap tabir alaf baharu dan dalam proses menongkah arus globalisasi yang pantas bertolak bagai belut diketil ekor ini, hampir saban hari kita dimomokkan dengan berita tentang... - Mendepani arus era globalisasi ini, - Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu … - Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah - Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat - Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. - Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini … - Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan … - Dasawarsa ini, arus globalisasi yang semakin menerjah di seantero dunia marcapada telah banyak memberikan perubahan kepada negara kita. Pembangunan arus modenisasi tanpa limitasi terhasil daripada anjakan paradigma yang kian pesat membangun di negara kita. Dalam keghairahan menghambat kemewahan dunia dan habuan duniawi yang tidak mengenal erti puas ini, masyarakat / negara kita sering digemparkan dengan ........... |
TEKNIK IMBaKUP I = Isi (apa) - (1 ayat) M = Mengapa - (3 - 4 ayat) Ba = Bagaimana (contoh) - (2 - 3 ayat) K = Kesan contoh yang menyokong isi - ( 2 - 3 ayat) P = Penegas (1 ayat) |
PENANDA WACANA ISI DAN PERKEMBANGANNYA 1. Isi pertama: - Salah satu langkah yang signifikan ialah ... - Salah satu punca yang memangkin kepada masalah ini ialah 2. Isi yang seterusnya: - Selain itu, - Jika kita lihat / tinjau / kaji dari sudut / dimensi / perspektif yang berbeza, … - Seperkara lagi, - Pada masa yang sama, - Meninjau dari skop yang lebih luas, - Dari kaca mata yang lain, - Di samping itu, - Sementara itu, - Lebih-lebih lagi, - Seperkara lagi, 3. Penanda wacana MENGAPA - Hal ini dikatakan / berlaku demikian kerana - Hal ini berlaku / terjadi kerana - Hal ini disebabkan oleh - Hal ini wujud akibat daripada - Hal ini bersangkut-paut dengan - Hal ini berpunca daripada - Hal ini tercetus apabila - Hal ini timbul apabila - Dalam konteks / hal ini * * * ‘Hal’ boleh ditukarkan kepada senario / situasi / kemelut / masalah / fenomena 4. Penanda wacana CONTOH: - Tamsilnya, - Buktinya, - Hal ini dapat kita lihat - Misalannya, - Contohnya / Sebagai contoh, - Misalnya, - Biar kita lihat/ Biar kita ambil contoh - Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah - Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah 5. Penanda wacana KESAN CONTOH - Sehubungan dengan itu, - Ekoran daripada peristiwa / isu itu, - Rentetan daripada hal itu, - Lanjutan daripada ...., - Implikasinya / impaknya, - Kesannya, - Natijahnya,... (kesan negatif sahaja) 6. Penanda memulakan atau memasukkan PERIBAHASA - bak / persis kata peribahasa, ....... - bak / persis kata peribahasa Melayu, ............ - bak / persis kata orang tua-tua, ........... - bak / persis kata mutiara, ......... - bak / persis kata peribahasa, ............ - bak / persis kata cendekiawan, ............. - Hal ini sama dengan peribahasa .......... - Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni ....... - Fenomena ini dikatakan - Masalah ini sama dengan peribahasa ........... 7. Penanda wacana PENEGAS: - Ringkasnya - Tegasnya, - Izharlah bahawa - Sesungguhnya, - Pendek kata, - Jadi, - Oleh itu, |
3 jenis ayat penting:
(a) Ayat KESIMPULAN ISI-ISI (penanda wacana penutup + kata kunci (punca / kesan / langkah) + tema)
Contoh: Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa beberapa langkah yang dapat diimpelmentasikan oleh (sasaran) ibu bapa untuk (tema) mewujudkan keluarga yang bahagia
(b) Ayat cadangan (…perlulah / hendaklah / haruslah / seyogianya)
Contoh: Namun begitu, obligasi untuk menangani masalah jenayah di negara kita tidak seyogianya diletakkan atas pundak kerajaan sahaja. Oleh itu, semua pihak tanpa mengenal batasan usia dan warna kulit perlulah bersinergi ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk menangani masalah ini hingga akar umbi. / Kita haruslah berganding bahu dan menggembleng tenaga serta mempunyai semangat tinggi setinggi Gunung Everest, seluas Banjaran Himalaya, sedalam Jurang Mariana dalam membendung isu ini daripada membarah sebelum terlewat kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
(c) Ayat harapan. Contoh:
- Komitmen padu daripada semua pihak diharapkan impian untuk mencapai visi kudsi negara iaitu Wawasan 2020 tidak akan menjadi omongan kosong dan angan-angan Mat Jenin.
- Diharapkan impian negara untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang akan menjadi realiti dan nama negara akan sentiasa gah di pentas dunia.
- Jika perpaduan dapat dipupuk maka impian negara untuk mencapai Gagasan Satu Malaysia akan menjadi kenyataan dan sekali gus Wawasan 2020 dapat dicapai dengan mudah untuk memastikan Malaysia dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggidengan negara-negara gergasi di persada antarabangsa.
- Hubungan ukhuwah antara semua pihak dapat merealisasikan impian untuk mencapai tahap negara kelas pertama seperti kata falsafah Confusius, apakah gunanya sekiranya kita tidur sebantal tetapi mimpi kita lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang berlainan, tetapi mimpi kita tetap sama.
- Wahai anak watan Malaysia, sahutlah cabaran dan hadapilah dengan semangat habis kapak berganti beliung (semangat rajin bekerja) / biar putih tulang, jangan putih mata(semangat berjuang bersungguh-sungguh) untuk menunaikan impian nusa tercinta ini ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang! Malaysia Boleh!
Penanda wacana ayat penutup karangan |
(a) Sebagai intiha,
(b) Akhir kalam / Akhirulkalam,
(c) Sudah terang lagi bersuluh bahawa…
(d) Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa…
(e) Secara tuntasnya,
(f) Sebagai konklusinya
(g) Berdasarkan cambahan minda di atas, konklusi yang dapat dibuat ialah sukar untuk menafikan bahawa
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Secara keseluruhan,
i) Secara total,
CONTOH 1 - Pengaruh luar yang dihadapi oleh remaja |
Secara analoginya, bayang kian jelas bahawa terdapat banyak pengaruh luar yang dihadapi oleh para remaja di negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah ini. Tindakan mengharapkan pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini semata-mata tidak berkesan kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jika masalah pengaruh luar dalam kalangan remaja dapat dihapuskan, remaja yang merupakan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara dapat melaksanakan tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk memacu pembangunan negara. Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak menjadi realiti. Oleh sebab itu, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Secara implisitnya, negara kita dapat berdiri gah di pentas antarabangsa bergandingan dengan negara maju yang lain dan terkenal di seantero dunia. Imej negara juga akan harum di persada dunia dan masyarakat Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat kelas pertama kerana ketinggian akhlaknya bak kata pujangga, “Sesungguhnya bangsa akan kekal utuh jika akhlaknya masih utuh. Jika akhlaknya sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap.”
CONTOH 2 - Peranan ibu bapa untuk mendidik anak menjaga kebersihan |
Sebagai penutup kata pemanis bicara, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa ibu bapa memainkan peranan yang singnifikan untuk mendidik anak-anak supaya menjaga kebersihan. Anak-anak apabila diajar erti kasih sayang, mereka akan mengasihi. Apabila diajar erti kebaikan mereka akan belajar bertanggungjawab dan apabila diajar erti kebersihan mereka akan belajar menjadi harmoni. Oleh itu, ibu bapa sentiasa menjadi rujukan dan terminologi utama untuk menentukan jati diri anak-anak. Walau bagaimanapun, kita tidak seharusnya menunding jari kepada ibu bapa sahaja untuk memikul tanggungjawab ini. Semua pihak seyogianya bekerjasama ibarat ke buki sama didaki, ke lurah sama dituruni supaya remaja di negara kita dapat mementingkan kebersihan pada masa hadapan. Amalan kebersihan ini amatlah penting bagi seseorang individu, sekumpulan masyarakat dan sesebuah negara. Sebuah negara yang maju berakarkan masyarakat yang sihat dan cergas. Oleh itu, remaja yang merupakan aset negara dan bakal menerajui pemerintahan negara haruslah mementingkan kebersihan di negara kita. Nelson Mandela pernah berkata, “Jika hendak melihat sesebuah negara, lihatlah generasi mudanya.” Jika remaja kita mementingkan kebersihan dalam kehidupan maka negara kita akan disegani oleh negara lain lantas menjadi terkenal di seantero dunia.