Pelajar perlulah mengetahui kaedah penulisan bahasa yang betul. Penulisan bahasa yang betul dapat membantu pelajar untuk mendapatkan markah yang cemerlang dalam peperiksaan karangan fakta bahasa Melayu.
Berikut merupakan cara bagi membina penulisan bahasa dalam karangan fakta :
1. Penggunaan perkataan yang pelbagai:
2. Susun ayat dengan kemas:
3. Penggunaan tanda baca pada tempat yang betul:
4. Dapat membezakan antara kata depan dan kata imbuhan:
5. Tulis mengikut ejaan yang betul:
Kesalahan tatabahasa sering dilakukan oleh pelajar. Jumlah kesalahan tatabahasa yang banyak menunjukkan pelajar tidak mahir menulis karangan. Kesalahan ini akan menjejaskan markah pelajar. Oleh itu, jangan memandang enteng terhadap kesalahan-kesalahan berikut:- |
Kesalahan serius yang kerap dilakukan murid semasa menulis karangan adalah seperti berikut :
1. Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana :
SALAH | BETUL |
Namun, Tetapi, Malah, Manakala | Akan tetapi, Namun begitu, (Penanda wacana) |
CATATAN : Manakala, malah (ditulis untuk menghubungkan dua ayat)
2. Ayat tergantung. “Bak kata pepatah” ditulis pada awal ayat. Sepatutnya, “bak kata pepatah” ditulis di dalam ayat.
SALAH | BETUL |
“Bak kata pepatah” ditulis pada awal ayat. | “bak kata pepatah” ditulis di dalam ayat. |
3. Kesalahan ejaan “bah kata peribahasa” . Sepatutnya “bak kata peribahasa”. ‘bah’ membawa maksud ‘banjir’.
SALAH | BETUL |
“bah kata peribahasa” | “bak kata peribahasa”. |
4. “memberi kasih sayang”. Sepatutnya “memberikan kasih sayang”. Umumnya, kata kerja ‘memberikan’ perlu diikuti oleh objek tidak bernyawa manakala ‘memberi’ diikuti objekbernyawa.
SALAH | BETUL |
“memberi kasih sayang” | “memberikan kasih sayang” |
5. Ayat tergantung kerana tiada subjek. “ Ini menunjukkan”. Sepatutnya “Hal/ Perkara ini menunjukkan”.
SALAH | BETUL |
“ Ini menunjukkan” | “Hal/ Perkara ini menunjukkan” |
6. “Ini kerana”adalah salah. Sepatutnya “Hal ini demikian kerana”.
SALAH | BETUL |
“ Ini kerana” | “Hal ini demikian kerana” |
7. “Justeru itu,” digunakan sebagai penanda wacana adalah salah. ‘Justeru’ ialah kata hubung yang membawa maksud ‘malahan’ atau ‘bahkan’.
SALAH | BETUL |
“Justeru itu, kita perlu ..” | “Madu memberikan kekuatan justeru lebih ..” |
8. Tidak menyelitkan objek selepas kata kerja transitif. Contohnya, “mempunyai banyak pilihan” . ‘Banyak’ bukan objek. ‘Banyak’ ialah kata bilangan tidak tentu. Objek perlulah terdiri daripada kata nama.
SALAH | BETUL |
“mempunyai banyak pilihan” | “mempunyai pilihan yang banyak” |
9. Kata pemeri ‘ialah’ dan ‘adalah’ digunakan sesuka hati. ‘ialah’ perlu diikuti kata nama nama. ‘adalah’ perlu diikuti kata adjektif atau kata sendi nama.
SALAH | BETUL |
|
|
10. Kata kerja tidak menerima kata pemeri. Anda perlu tambah kata sendi nama pada kata pemeri ‘adalah’. Sebagai contoh: Langkah-langkah yang perlu diambil adalah menguatkuasakan undang undang……sepatutnya ….adalah dengan menguatkuasakan………/
SALAH | BETUL |
“Langkah-langkah yang perlu diambil adalah menguatkuasakan undang-undang”. | “Langkah-langkah yang perlu diambil adalah dengan menguatkuasakan undang-undang”. |
Catatan :
Antara kata sendi nama yang dapat digunakan ( adalah untuk/adalah dengan/adalah melalui,
adalah seperti)
11. Bentuk yang lewah.
SALAH | BETUL |
Antara faktor-faktor | Antara faktor |
Pelbagai langkah-langkah | Pelbagai langkah |
12. Bentuk lewah bagi pengimbuhan kata adjektif. Hanya dua imbuhan sahaja digunakan.
SALAH | BETUL |
memperbaiki | membaiki atau memperbaik |
13. Kesalahan Hukum D-M.
SALAH | BETUL |
dan lain-lain lagi | aktiviti-aktiviti lain |
14. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga ‘ia’ untuk benda atau perkara.
SALAH | BETUL |
Ia perlu diadakan secara besar-besaran | Kempen ini perlu diadakan besar-besaran. |
15. Kata sendi ‘di’ berfungsi untuk menyatakan arah.
SALAH | BETUL |
di kalangan | dalam kalangan |
16. “Pada masa kini” salah. Sepatutnya "Pada masa ini/Kini"
SALAH | BETUL |
Pada masa kini | Pada masa ini/Kini |
17. Kesalahan penanda wacana.
SALAH | BETUL |
Selain daripada itu/ Selain dari itu | Selain itu |
Sehubungan itu | Sehubungan dengan itu |
18. “Oleh kerana” salah. Sepatutnya “oleh sebab”.
SALAH | BETUL |
Oleh kerana | oleh sebab |
19. Penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sebagai contoh : "di mana", "yang mana", "bagaimana", "siapa", "apa" . Sepatutnya kata-kata tersebut digantikan dengan kata-kata lain yang sesuai. Sebagai contoh :
20. Kesalahan pengejaan kata majmuk. Ibubapa sepatutnya ibu bapa, semulajadi sepatutnya semula jadi.
SALAH | BETUL |
ibubapa | Ibu bapa |
semulajadi | Semula jadi |
21. Penggunaan kata hubung ”tambahan pula” pada pangkal perenggan. “tambahan pula” tidak digunakan untuk isi baharu.
Kesimpulannya:
Anda perlu berhati-hati semasa menulis. Sila buat semakan tatabahasa apabila selesai menulis karangan. Ketelitian anda amat dihargai. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Penulisan karangan memerlukan kemahiran. Kemahiran perlu diasah dengan latihan yang mencukupi. Ingatlah, penulisan karangan tidak boleh dipelajari secara imaginasi.