Nama saya Muhammad Alif Farhan Bin Mior Mohd Nizar. (No. Matrik D20171077664). Saya berasal dari Sungai Buloh, Selangor, Malaysia. Saya merupakan seorang pelajar Ijazah Bahasa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak. Saya bakal menamatkan pengajian Ijazah Pendidikan Bahasa Melayu dalam tempoh dua tahun dari sekarang iaitu pada tahun 2021. Bidang perguruan merupakan bidang pekerjaan yang saya minati sejak dari kecil lagi. Semoga pengisian yang difokuskan dalam laman ini bakal memberikan sedikit ilmu pengetahuan tentang cara penulisan karangan fakta. Sekian, terima kasih.